6 Janji PSM untuk Warga Kota Damansara

  1. Rumah Yang Benar2 Mampu Milik Berjuang menjamin hak perumahan rakyat marhaen. Mengerakkan penyelesaian agar warga PPR Kota Damansara khususnya, dapat memiliki rumah mereka sendiri yang mampu milik RM42,000. Pada masa yang sama akan memastikan subsidi sewa PPR capai kepada golongan tersasar. Menyuarakan agar projek perumahan rakyat mampu milik ditambahkan di Kota Damansara. Rumah bukan komoditi untuk keuntungan, ianya hak rakyat!
  2. Tingkatkan Pengangkutan Awam, Tolak Lebuhraya. Kesesakan jalanraya tidak dapat dikurangkan melalui pembinaan lebih banyak lebuhraya, maka pengangkutan awam seperti MRT harus digalakan dan perkhidmatan bas penghubung diperbaiki di Kota Damansara. Terutamanya laluan yang diabaikan sehingga kini kerana tidak menjana keuntungan kepada syarikat bas. Khidmat Bas Smart Selangor Percuma harus berkhidmat dilaluan-laluan ini untuk memudahkan pergerakan rakyat. Akan mencadangkan pengwujudan sebuah jawatankuasa tetap di Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk menyeleraskan keperluan khidmat bas, kerana pihak PBT lah pihak yang pertama mengetahui mengenai pembangunan disesebuah kawasan dan kepadatan yang akan dihadapi.
  3. Kajian menyeluruh sosio ekonomi warga Kota Damansaraharus dilaksanakan agar mereka berpendapatan rendah B40 dijamin akan menerima bantuan melalui pelbagai inisiatif Kerajaan Negeri. Kini, walaupun Kerajaan Negeri memperkenalkan pelbagai inisiatif menghapuskan kemiskinan, tetapi ianya hanya sampai pada segelintir kumpulan sasar kerana ketiadaan suatu pengakalan data lengkap sosio ekonomi warga B40 ini.
  4. Mewujudkan Majlis Perundingan Rakyat (MPR)-iaitu sebuah sidang yang akan dianggotai oleh wakil penduduk setempat, dari taman perumahan, kampung, estet, belia, peniaga, pekerja, wanita, OKU dsbnya. MPR ini akan diperkasakan untuk meneliti bajet pembangunan dan penyelengaraan Kota Damansara dan mengemukakan input cadangan bagaimana bajet ini boleh dibelanjakan untuk kepentingan bersama.
  5. Infra kemudahan asas diutamakan bukan projek mega. Pertingkatkan usaha untuk menyelesaikan isu-isu infra yang lama tertangguh seperti jalanraya berlubang, berbahaya seperti Persiaran Atmosfera, projek tebatan banjir Kg Melayu Subang dan lain2 isu kritikal. Memperuntukkan pegawai2 khas ADUN untuk memantau projek MARRIS, PBT, JKR , Pejabat Daerah dan Kerajaan Negeri. Perlu pastikan infra rakyat diuatamakan bukan projek mega yang mengkayakan segelintir kontraktor!
  6. Pilihanraya Kerajaan Tempatan Sekarang!. Sudah 2 penggal berlalu, Kerajaan Pakatan masih bermain wayang kulit mengenai pilihanraya Kerajaan Tempatan. Walaupun ada tatacara untuk melaksanakannya dibawah kuasa Kerajaan Negeri tetapi, ianya enggan dilaksanakan. Maka kami akan terus mengerakkan MPR mendesak pihak Kerajaan Negeri memperkenalkan Pilihanraya Kerajaan Tempatan dengan segera.