Sivarajan Arumugam

Sivarajan Arumugam seorang ahli politik yang memegang jawatan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM)

Wakil Rakyat untuk kerusi

Parti Sosialis Malaysia

Kenyataan dan Janji

  1. Rumah Yang Benar2 Mampu Milik 
    Berjuang menjamin hak perumahan rakyat marhaen. Mengerakkan penyelesaian agar warga PPR Kota Damansara khususnya, dapat memiliki rumah mereka sendiri yang mampu milik RM42,000. Pada masa yang sama akan memastikan subsidi sewa PPR capai kepada golongan tersasar. Menyuarakan agar projek perumahan rakyat mampu milik ditambahkan di Kota Damansara. Rumah bukan komoditi untuk keuntungan, ianya hak rakyat!
  2. Tingkatkan Pengangkutan Awam, Tolak Lebuhraya
    Kesesakan jalanraya tidak dapat dikurangkan melalui pembinaan lebih banyak lebuhraya, maka pengangkutan awam seperti MRT harus digalakan dan perkhidmatan bas penghubung diperbaiki di Kota Damansara. Terutamanya laluan yang diabaikan sehingga kini kerana tidak menjana keuntungan kepada syarikat bas. Khidmat Bas Smart Selangor Percuma harus berkhidmat dilaluan-laluan ini untuk memudahkan pergerakan rakyat. Akan mencadangkan pengwujudan sebuah jawatankuasa tetap di Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk menyeleraskan keperluan khidmat bas, kerana pihak PBT lah pihak yang pertama mengetahui mengenai pembangunan disesebuah kawasan dan kepadatan yang akan dihadapi.
  3. Kajian menyeluruh sosio ekonomi warga Kota Damansara
    harus dilaksanakan agar mereka berpendapatan rendah B40 dijamin akan menerima bantuan melalui pelbagai inisiatif Kerajaan Negeri. Kini, walaupun Kerajaan Negeri memperkenalkan pelbagai inisiatif menghapuskan kemiskinan, tetapi ianya hanya sampai pada segelintir kumpulan sasar kerana ketiadaan suatu pengakalan data lengkap sosio ekonomi warga B40 ini.
  4. Mewujudkan Majlis Perundingan Rakyat (MPR)
    iaitu sebuah sidang yang akan dianggotai oleh wakil penduduk setempat, dari taman perumahan, kampung, estet, belia, peniaga, pekerja, wanita, OKU dsbnya. MPR ini akan diperkasakan untuk meneliti bajet pembangunan dan penyelengaraan Kota Damansara dan mengemukakan input cadangan bagaimana bajet ini boleh dibelanjakan untuk kepentingan bersama.
  5. Infra kemudahan asas diutamakan bukan projek mega
    Pertingkatkan usaha untuk menyelesaikan isu-isu infra yang lama tertangguh seperti jalanraya berlubang, berbahaya seperti Persiaran Atmosfera, projek tebatan banjir Kg Melayu Subang dan lain2 isu kritikal. Memperuntukkan pegawai2 khas ADUN untuk memantau projek MARRIS, PBT, JKR , Pejabat Daerah dan Kerajaan Negeri. Perlu pastikan infra rakyat diuatamakan bukan projek mega yang mengkayakan segelintir kontraktor!
  6. Pilihanraya Kerajaan Tempatan Sekarang!
    Sudah 2 penggal berlalu, Kerajaan Pakatan masih bermain wayang kulit mengenai pilihanraya Kerajaan Tempatan. Walaupun ada tatacara untuk melaksanakannya dibawah kuasa Kerajaan Negeri tetapi, ianya enggan dilaksanakan. Maka kami akan terus mengerakkan MPR mendesak pihak Kerajaan Negeri memperkenalkan Pilihanraya Kerajaan Tempatan dengan segera.

Biografi

Sivarajan Arumugam adalah Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM). Salah seorang pengasas PSM tahun 1998, dan juga perintis PSM Cawangan Subang yang ditubuhkan pada tahun 1998. Pernah menyandang jawatan Bendahari Nasional PSM dari tahun 1998 hingga 2015. Graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Kimia. Merupakan aktivis pelajar semasa mengaji di UKM pada tahun 1991-1994, dan menganggotai Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa/i (JKMI). Salah seorang pengasas Pusat Pembangunan Masyarakat (CDC) pada tahun 1992 dan Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) pada tahun 2002. Pernah menjadi penyelaras Gabungan Peneroka Bandar dan Perumahan JERIT. Setiausaha kepada Dr. Nasir Hashim semasa beliau menyandang jawatan ADUN Kota Damansara. Pernah dilantik sebagai Ahli Majlis untuk Majlis Bandaraya Shah Alam, 2008-2013.

Butiran Kenalan

CV

CV Sivarajan Arumugam

Bahan Kempen

Kriteria Senarai Hitam

Wakil Rakyat ini tidak ada sejarah kes korupsi, salah guna kuasa atau ucapan benci.

Pendapat mengenai isu-isu

Maklumat Lanjut

 

  • Mengisytihar harta setiap tahun semasa menjadi Ahli Majlis.
  • Penyelaras Gabungan Membantah TPPA. Memainkan peranan penting dalam kempen menentang perjanjian perdagangan bebas yang mengancam kepentingan rakyat.
  • Berjuang bersama pekerja Ladang Brooklands selama 13 tahun sehingga berjaya mendapatkan rumah teres untuk pekerja ladang.

Sumber: Kenali Calon PSM (FB)

Pencapaian /Achievements

  • Key coordinator fighting neo liberal Free Trade Agreements – FTA, TPPA
  • Initiated Local Agenda 21 (LA21) committee with disabled community organization in MBSA. Established disabled friendly infra guidelines and designs for Shah Alam.
  • Chair for MBSA Audit committee
  • Authored books – Brooklands Estate Struggle for Housing , Batu Arang Mine Workers Strike 1937, No to Free Trade Agreement .
  • Housing for plantation workers – Brooklands Estate, Banting.
  • Upgrading and completion of several abandoned roads in Subang 2 and Subang Bestari .
  • Set up IT computer centre for Pangsa Indah low cost flats
  • Telah menulis tiga buah buku iaitu 1) No to Free Trade Agreement FTA 2) Bila Singa ditumpaskan Perjuangan Pekerja Ladang Brooklands 3) Batu Arang 1937, Kemuncak Perjuangan Kelas Pekerja
  • Alternative houses for 50 over Subang Estate workers .
  • Berjuang bersama pekerja Ladang Brooklands selama 13 tahun sehingga berjaya mendapatkan rumah teres untuk pekerja Ladang .

Sumber: Bio Sivarajan Arumugam


Ini adalah maklumat yang diketahui setakat ini

Jika ada maklumat wakil rakyat atau pembetulan boleh isi borang online ini atau sila hubungi kami melalui email [email protected] atau tweet dan tag @sinarproject dengan kerusi, nama Wakil Rakyat.