You are here: Home / Wakil Rakyat / Nawawi Bin Ahmad

Nawawi Bin Ahmad

Currently Elected Representative

Biography

Potfolio

  • Pengerusi Sosial Media, BNBBC Parlimen Malaysia (2013 hingga sekarang)
  • Pengerusi Pembangunan Strategik UMNO Kedah (2011-2013)
  • Setiausaha, Badan Perhubungan UMNO Kedah (2009-2011)
  • Ketua UMNO Bahagian Langkawi (2008 hingga sekarang)
  • Timbalan Ketua UMNO Bahagian Langkawi (2001-2008)
  • Penolong Bendahari Pemuda Negeri (2001-2004)
  • Setiausaha Pemuda Negeri Kedah (1997-1999)
  • Ketua Pemuda Bahagian Langkawi (1995-2004)
  • Ahli Majlis Ekonomi Pemuda UMNO Malaysia (1997-1999)
  • Ahli Majlis Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO Malaysia (1997-1999)
  • Ketua Pemuda Cawangan Bayas
  • AJK Bahagian UMNO Langkawi (1990)
  • AJK Pemuda Bahagian Langkawi (1990)
  • Ketua Pemuda BN Langkawi (1999)
  • Ketua Cawangan (1989-1991)
  • Timbalan Ketua Cawangan (1991 hingga sekarang)
  • Pengerusi BN Parlimen Langkawi (2008 hingga sekarang)

Pengalaman kerja

  • Pengerusi, KTM Berhad (Feb 2014 hingga sekarang)
  • Jurutera Utama Negeri Kedah, TNB (2002-2004) - dua tahun
  • (Timbalan Pengurus Besar Negeri Kedah)
  • Timbalan Ketua Jurutera Kedah/Perlis, TNB (2001-2002) - dua tahun
  • Pengurus Perancang Negeri P. Pinang (1998 - 2001) - empat tahun
  • Pengurus Daerah Kanan, TNB Alor Setar (1997-1998) - satu tahun
  • Pengurus Daerah, TNB Langkawi (1987-1996) - sembilan tahun
  • Jurutera Pengguna, LLN Kangar, Perlis (1984-1987) – dua setengah tahun
  • Jurutera Pengguna, LLN Sungai Petani (1984-1984) - dua bulan

Kelayakan profesional

  • Master in Engineering Management (ME Mgmt) Universiti Tenaga Nasional, Bangi, Selangor (Tahun 2010)
  • Bachelor of Engineering (Electrical) 2nd Class Upper, (BE Hons) University Technology Malaysia, Jalan Semarak, KL (Tahun 1984)
  • Jurutera Berdaftar Profesional, Lembaga Jurutera Malaysia dan IEM (M) Institut Jurutera Malaysia

 

MyMP Survey

Pelan

Ini adalah merupakan penggal pertama saya sebagai Ahli Parlimen Langkawi. Saya ingin memastikan warga Langkawi turut aktif mengambil bahagian di dalam semua sektor urusniaga perniagaan yang berasaskan industri perlancongan sama ada di peringkat dalam negeri atau antarabangsa. Langkawi merupakan satu-satunya Protocol Island di Malaysia yang berjaya menjadi tumpuan para pelancong luar dan dalam negara. Diyakini menjelang tahun 2020, Langkawi masih mampu mengekalkan kehebatannya sebagai sebuah destinasi pelancongan yang digemari oleh para pelancong luar dan dalam negara. Saya amat berharap warga Langkawi bijak merebut peluang dengan menceburi sektor perniagaan yang menumpukan kepada industri pelancongan khasnya. Untuk itu, saya akan bersama-sama memberi dorongan dan sokongan kepada mereka agar hasrat ini dapat dicapai.

Peranan Wakil Rakyat

Bagi memastikan seseorang Ahli Parlimen itu lebih efektif dalam memainkan peranannya, saya berpendapat adalah wajar bagi seseorang Ahli Parlimen itu lebih peka dan prihatin dalam membela nasib rakyat. Untuk itu, seseorang Ahli Parlimen haruslah sentiasa berfikiran terbuka dan berlapang dada mendengar keluhan dan masalah rakyat khususnya yang berkaitan dengan sumber pencarian bagi kehidupan seharian. Dalam masa yang sama, seseorang Ahli Parlimen itu juga perlu berusaha untuk mewujudkan peluang-peluang baharu dari pelbagai aspek yang mampu membawa anak-anak muda belia menilai dan menerokainya. Ini secara tidak langsung dapat membantu menambah baik tahap kehidupan mereka dari masa ke semasa.

Cadangan Buku

Saya rasa tertarik untuk memperkenalkan sebuah buku bertajuk “The Roots” yang ditulis oleh Alex Haley. Ianya telah diterbitkan pada tahun 1976 dan menceritakan kisah Kunta Kinte abad ke-18 Afrika dimana beliau ditangkap semasa remaja dan dijual ke perhambaan di Amerika.  Pada tahun 1865, Alex Haley mendakwa telah mengesan sejarah keluarganya yang kembali ke Afrika, Kunta Kinte yang kemudiaannya ditangkap oleh ahli-ahli perbalahan suku dan dijual kepada pedagang hamba pada 1767. Dikatakan setiap keturunan hamba Kunta ini mewarisi sejarah lisan. Haley mengkaji adat kampung Afrika, hamba perdagangan dan sejarah Afrika - Amerika di Amerika termasuk lawatan ke Griot (sejarah lisan) daripada kampung Afrika nenek moyangnya. Beliau mencipta sejarah keluarganya dari pertengahan abad kelapan belas melalui pertengahan abad kedua puluh. Buku ini menekankan tentang manifesto perjuangan dalam mencari serta mengenal keturunan dan sejarah bangsa yang saya rasa perlu dibaca oleh rakyat Malaysia agar mendapat pendedahan serta dijadikan perkongsian dan tauladan bersama. Tegasnya dalam membentuk warga Malaysia, setiap sejarah silam yang melibatkan Tanah Melayu hingga terbentuknya Malaysia perlu dikaji agar perpaduan di kalangan pelbagai etnik dan bangsa terpelihara serta mampu mendepani cabaran sebagai 1 Malaysia.

Sources:
Sinar Project Popit Database
MCCHR MyMP Survey